PERADUAN SD IMPEX GROUP – Konsert WINGS KITA MERDEKA
TERMA DAN SYARAT
A: Syarat Kelayakan
Penganjur : SD Impex Sdn. Bhd.
Promosi : Peraduan SD Impex Group – Konsert WINGS KITA MERDEKA
Tempoh Promosi: Promosi bermula pada jam 00:00 pada 21 Ogos 2020
dan berakhir pada jam 15:59 28 Ogos 2020
Kelayakan : Promosi ini terbuka kepada semua individu pemastautin sah di
Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan
Tempoh Promosi.
Cara Penyertaan : Langkah 1
Beli mana-mana produk di restoran JM Bariani House cawangan Wangsa Maju, JM Bariani House Cawangan Subang, AT MART Shah Alam atau secara talian di https://asiantaste.delivery bernilai RM150 ke atas dalam satu resit antara 21 Ogos 2020 hingga 28 Ogos 2020.
Langkah 2
Hantar penyertaan melalui WhatsApp ke +60197347500
(i)Taipkan butiran peribadi dan nombor resit seperti berikut: NamaPenuh, NRIC, Nombor Resit
*Nombor resit boleh didapati pada resit pembelian anda
Contoh: Abu Bakar, 890917075110, Inv:10114
(ii)Lampirkan gambar resit (“Bukti Pembelian”)
*Simpan resit asal (Resit) untuk pengesahan sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.
Tambahan : Pembelian mana-mana produk di restoran JM Bariani House cawangan Wangsa Maju, JM Bariani House Cawangan Subang, AT MART Shah Alam atau secara talian di https://asiantaste.delivery bernilai RM150 ke atas dalam satu resit antara 21 Ogos 2020 hingga 28 Ogos 2020 turut melayakkan pembeli untuk membeli tiket konsert online WINGS KITA MERDEKA pada harga RM1 (Harga Asal RM35).
Satu resit layak untuk satu pembelian tiket online.
Terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja
Tarikh Tutup : Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 15:59 pada 28 Ogos 2020.
Pemenang : Pemenang akan diumumkan pada jam 16:30, 28 Ogos 2020
Kriteria Penilaian : 1. Setiap penyertaan yang layak akan diberi satu nombor siri/cabutan.

  1. Semua penyertaan yang layak akan melalui pemilihan secara cabutan bermudah.
    Dua(2) pemenang(“Peserta Terpilih”) akan mendapat sepasang(2unit) Tiket VIP ke Live Viewing Konsert WINGS KITA MERDEKA pada 29 Ogos 2020 di Menara PGRM, Cheras.
  2. Semua Peserta Terpilih akan dihubungi melalui panggilan telefon
    atas dasar usaha terbaik sebanyak tiga (3) percubaan.
    Sekiranya Peserta Terpilih tersebut tidak dapat dihubungi selepas percubaan ke-3. PesertaTerpilih yang seterusnya akan dihubungi.
    4.Hadiah perlu ditembus di kaunter Asian Taste, Pintu Masuk Konsert WINGS KITA MERDEKA pada 3.00 hingga 6.00 petang 29 Ogos 2020. Peserta Terpilih bertanggungjawab menebus hadiah berkenaan pada
    masa dan tempat berkenaan dengan menunjukkan bukti pembelian(resit) dan bukti pengenalan(Mykad).
  3. Peserta hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Promosi.
  4. Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki.
    Syarat kelayakan ini perlu dibaca sekali dengan Terma dan Syarat Peraduan, dan kedua-duanya tertakluk kepada semua peserta yang menyertai promosi ini (dan dirujuk dalam dokumen ini sebagai peserta, anda).
    B: Syarat Kemasukan
    1.Pengenalan
    1.1 Syarat Kemasukan ini hendaklah dibaca bersama dengan Jadual Kemasukan. Jika ada ketidakselarasan antara Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan, maka Jadual Kemasukan akan diguna pakai. Syarat Kemasukan dan Jadual Kemasukan secara kolektif dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap istilah yang tidak dinyatakan sebaliknya di sini hendaklah mempunyai maksud seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kemasukan. Istilah yang ditetapkan akan digunakan secara tunggal atau majmuk seperti mana yang berkenaan.
    1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa notis terlebih dahulu, dan tanpa apa-apa tanggungan kepada mana-mana orang, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosidalam keseluruhannya atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat perubahan pada Terma dan
    Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Promosiini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (seperti yang telah diubah).
    1.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promositermasuk penghakiman dan pemilihan pemenang adalah muktamad dan tiada surat-menyurat ataurayuan akan dilayan selepas itu.
    2.Syarat-syarat penyertaan
    2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Promosi, Peserta disifatkan telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat.
    2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Promosi, termasuk tanpa batasan, telekomunikasi, rangkaian, Perkhidmatan Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain dan belanja luar yang mungkin ditanggung oleh Peserta semasa atau berkaitan dengan Promosiakan ditanggung oleh Peserta sepenuhnya.
    2.3 Bukti penyerahan bukanlah bukti penerimaan dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan, hilang, rosak dan/atau tidak menerima penyerahan.
  5. Kelayakan Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promositermasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
    4.Tidak LayakKumpulan berikut tidak layak menyertai Promosi:
    (a) Kakitangan Penganjur dan kumpulan syarikat dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka); dan
    (b) Pekerja agensi Penganjur yang berkaitan dengan Promosi dan keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan pasangan mereka).
    5.Hilang kelayakan
    5.1Penyertaan berikut akan hilang kelayakan:
    (a) penyertaan tidak jelas, tidak lengkap, salinan tidak dapat dibaca atau tidak betul; dan/atau
    (b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan.
    5.2 Di samping itu, Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
    (a)telah atau cuba untuk melemahkan operasi Promosimelalui penipuan dan/atau
    (b)tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi untuk pengesahan oleh Penganjur apabila diminta.
    5.3 Sekiranya berlaku kehilangan kelayakan selepas Hadiah telah dianugerahkan, pihak Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilai yang sama dgn nilai hadiah daripada Peserta yang tidak layak.
    6.Hadiah
    6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal menerima Hadiah mengikut Tarikh Tuntutan / Penyerahan Hadiah dalam apa jua keadaan. Penganjur berhak untuk memutuskan berkenaan Hadiah yang tidak ditebus.
    6.2 Hadiah tidak boleh dipindahkan, ditukarkan atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk atau cara lain selain yang dinyatakan oleh Penganjur.
    6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Kemasukan berhubung dengan Hadiah adalah menjadi tanggungjawab Peserta.
    6.4 Semua Hadiah perlu diambil mengikut terma dan syarat Penganjur, ejen, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.
    6.5Hadiah diberikan berdasarkan “sebagaimana ia”. Hadiah itu akan digunakan/diambil sepenuhnya pada risiko Peserta dan Penganjur mengecualikan sebarang waranti dan liabiliti yang berkaitan dengan Hadiah sehingga setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
    6.6 Hadiah mesti dituntut secara sendiri kecuali Penganjur menetapkan mod tuntutan lain.
    7.Publisiti
    Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tanpa batasan, foto, lukisan, teks, dan apa-apa kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi (secara kolektif “Bahan”), dan nama Peserta, dan/atau yangsama, untuk pengiklanan, publisiti dan promosi apa-apa barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk masa yang tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan semua perkara yang perlu untuk memberi kesan kepada perkara ini jika diminta oleh Penganjur.
    8.Hak Harta Intelek
    Peserta bersetuju bahawa semua hak harta intelek dalam apa-apa kandungan dan/atau bahan-bahan yang dikemukakan, dibuat atau diwujudkan oleh Peserta berkaitan dengan Promosidan apa-apa karya derivatif yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat terletak hak, ditugaskan dan dimiliki oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan dan mengubahsuai bahan atau kerja sedemikian dengan cara yang difikirkannya sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan semua hak yang terhadap bahan atau kerja tersebut.
    9.Pampasan
    Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi, melepaskan dan memelihara Penganjur, syarikat induk, anak syarikat atau syarikat berkaitan yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan SD IMPEX”), pengarah, pegawai, pekerja, ejen, penaja dan/atau wakil terhadap mana-mana dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan ganti rugi (termasuk ganti rugi khas, tidak langsung danberbangkit) yang timbul daripada atau berlaku akibat penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan Peserta kemasukan dan/atau kesamaan berkaitan dengan Promosi atau pelanggaran Terma dan Syarat.
    10.Batasan Liabiliti
    10.1Penyertaan Peserta dalam Promosi adalah diatas risiko Peserta sendiri.
    10.2Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, pekerja, agen,
    penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap Peserta untuk kehilangan atau kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi tidak langsung atau berbangkit, atau kecederaan individu yang ditanggung atau dialami oleh Peserta berikutan penglibatan Peserta dalam Promosi, termasuk penebusan dan/atau penggunaan Hadiah yang dimenangi.
    11.Umum
    11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa-apa kewajipan berkenaan dengan Promosidan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat keadaan di luar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.
    11.2Mana-mana nama, tanda dagangan atau logo yang digunakan dan atau diterbitkan semula dalam apa-apa bahan (termasuk bahan pemasaran danpromosi) berkaitan dengan Promosiini, khususnya yang berkaitan dengan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Promosidan Penganjur adalah tidak mempunyai afiliasi, sokongan atau tajaan, dengan mana-mana pemilik, kecuali sekiranya dimaklumkan, dan pemilik-pemilik bukan sebahagian daripada kumpulan syarikat Penganjur.
    11.3Peserta tidak berhak menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Pihak Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan keseluruhanatau mana-mana bahagian haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang ditentukan oleh Penganjur.
    11.4 Ketidaksahihan, ketidaksahan atau kegagalan kuatkuasa apa-apa istilah di bawah ini tidak akan menjejaskan keseluruhan Terma dan Syarat Promosi.
    11.5 Term dan Syarat untuk Promosi ini disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja.
    11.6 Terma dan Syarat Peraduan hendaklah ditafsirkan, ditadbir dan diterjemahkan mengikut undang-undang Malaysia.
    12.Notis Privasi
    12.1 Dengan menyertai Promosi, anda telah bersetuju SD Impex Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiary atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan SD IMPEX”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberi sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “Kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Penebusan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila andamenjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
    12.2 Penganjur juga boleh mengambil maklumat peribadianda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan Penebusan mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa Penebusan, acara atau
    pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekirannya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.
    12.3 Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.
    12.4 Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.
    12.5 Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk penyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini.
    12.6 Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:
    SD IMPEX SDN. BHD
    F-1-22 & F-2-22 Vista Alam
    Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14
    40000 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    Atau hubungi kami: 03 5510 2012